Sulaman Reben Bunga Orkid
Sulaman
Reben Bunga Orkid amat cantik di jadikan hiasan jahitan pada sarung kusyen atau
alas meja. Teknik jahitan ini adalah mendapat permintaan yang sangat tinggi
oleh peminat Sulaman Reben.Menggunakan reben saiz 1/2 inci. Warna reben
terpulang pada minat masing-masing.
Cucuk reben dari bawah keatas kain dan pusingkan reben
dengan cucuk ditempat yang sama iaitu bahagian mula masuk jarum.
Tarik reben
perlahan-lahan sehingga bentuk bulat dan anggaran setengah inci, cucuk semula
jarum di bahagian atas gelungan reben. Cuba perhatian foto diatas.
Cucuk reben di tempat yang sama ketika mula masuk jarum. Perhatikan foto diatas ini untuk teknik jahitan seterusnya. Teknik jahitan ini adalah teknik Jahitan Asas Sulaman Reben Detached Chain.
Jahitan
Detached Chain yang telah siap.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_dhxa1qGgT4lcXQV6108iM76Suv-kmjzcUTK0u0_geXs79jl71GQM_U5GXGQjpIfkeeV0Zso17bd4SecRl2K-NMyod3Dpu1XktgAHffNBvq8AXtRYhFfJ1plKNw5EO3EZoRqZCfKEKf02/s1600/orkid+5.jpg)
Keluarkan
reben pada bahagian bawah, dan lakukan teknik Jahitan Asas Sulaman Reben
Straight Stitch.
Bahagian
yang berlubang sudah ditutup dengan teknik Jahitan Straight Stitch.
Gunakan
reben saiz 1/2 inci warna lain, lakukan teknik Jahitan Asas Sulaman Reben
Ribbon Stitch. Jahit tiga sahaja pada bahagian atas.
Tengah
bunga, gunakan reben warna kuning saiz 1/2 inci untuk jahit French Knot @ anda
boleh jahit manik (jika suka).