Kelim Betawi adalah
kelim di dalam kelim. Kelim ini sesuai
untuk fabrik nipis, jarang dan mudah
berjerumbai. Di samping itu juga ia
adalah kemas kerana basinya tersembunyi.
Kelim ini kukuh kerana ia mempunyai dua kali jahitan. Kelim ini sesuai
dijahit pada bahagian pakaian yang lurus kerana ia agak sukar dijahit pada
bahagian melengkung.
A. Kelim ini sesuai digunakan pada
ß
Pakaian
kanak-kanak
ß
Blaus
ß
Pijama
ß
Pakaian
dalam
ß
Pakaian
bayi
B.
Kebaikan menggunakan Kelim Betawi
ß
Kelim
ini kecil dan teguh kerana terdapat dua kali jahitan.
ß
Ia
kemas dan bahagian tepi fabrik tidak kelihatan
ß
Ia
mudah didobi.
ß
Sesuai
untuk fabrik nipis dan pakaian yang mudah berbulu.
C.
Kelemahan menggunakan Kelim Betawi
ß
Kelim
ini tebal dan tidak sesuai untuk fabrik yang tebal.
ß
Tidak
boleh dibuka untuk membesar pakaian.
ß
Ia
mengambil masa yang lama untuk kering.
ß
Lebar
kelim yang siap ialah 6 mm.