Senyuman Rasulullah Dalam Dakwah
Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT,
malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan
Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan
tingkah lakunya.
Ada beberapa
hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai
senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi
apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang
sungguh luar biasa.
Hikmahnya,
banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid
disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah SAW
dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan,
juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan
senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya
senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar, “Rasulullah SAW
tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.” (Hadis
diriwayatkan Ibnu Hibban)
Seorang lagi
sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku
melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis
riwayat At-Tirmizi) Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada
menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi,
beliau berkata, “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan
etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul Baginda. Ayahku mengatakan:
Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah
seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka
mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan
kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”
Rasulullah
SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada
orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan
bahawa Saiditina Aisyah berkata: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk
bertemu dengan Rasulullah SAW.
Ketika
Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah
seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu
sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati
kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada
Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh
engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah
berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati.
Kemudian
Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak
baik?” Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata,
“Hadis ini
dilihat dari sudut adab dan ilmu. Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah
sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah.
Ghibah berlaku
di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain.
Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk
nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya. Kerana Baginda sudah dianugerahi
sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah
berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya.
Baginda
bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat
dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat
daripada kejahatan dan tipu daya. Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun
seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut
kedatangan Uyainah dengan ceria.
Sebagai
umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi
dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang
sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah
mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai
dengan wang ringgit.
Ketegasan
Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim
mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung
dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut
undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan). Mereka
bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon
melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah
menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk
minta pembelaan atas wanita itu.
Kemudian
Rasulullah SAW bersabda: “Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap
salah satu dari hukum Allah? Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan
berkhutbah: “Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat
sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri,
mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka
yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika
Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.
Oleh itu,
marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan
dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman
tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa
tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan
perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan
AMALAN MAKAN DAN MINUM RASULULLAH SAW.
1. Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ikut
Sunnah & dapat pahala &boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vitamin C dari
buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi
adalah approaching 0%.
2. Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch
& dinner). Ini kerana amalan meminum air ketika sedang makan atau sejurus
selepas makan akan mengganggu pencernaan makanan. Minum air selepas hanya 15-30
minit selesai makan. Ini juga merupakan petua awet muda dimana wajah anda
lambat dimakan usia.
3. Untuk tatacara minum, bagi tegukan yg pertama sahaja,
biarkan air dlm mulut selama 10 saat kemudian baru telan. Ini kerana air yang
telah bercampur dengan air liur (mengandungi enzim) boleh membunuh kuman dalam
pankreas, perut & banyak lagi. Tegukan kedua dan seterusnya boleh di minum
terus.
4. Nabi ada mengajar kita makan dengan tangan dan bila
habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa
enzyme banyak terkandung di hujung jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air
liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya
makanan tidak hadam)
5. Lebih afdal makan malam sebelum maghrib ikut sunnah
(Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa
maghrib), sebab bagi yg tengah study (or anak2), otak akan berfungsi
excellently (senang absorb around 2 hrs selepas makan, so if makan at 8:30pm,
around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga
jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan
pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm
kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam).
DIANTARA MAKANAN RASULULLAH SAW,SUSU DAN KURMA

DIET RASULULLAH SAW....
Ini adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut
diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit
perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL
2. CARA MAKAN
- JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
- TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
- JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
- Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darah bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu.karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti olehilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-,jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapatmerusak usus kita.
"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
♥ ^___________^
1 comments:
Post a Comment