CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 10, 2011

PENYUDAH TEPI

Pengenalan

Penyudah tepi ialah satu proses yang digunakan di hujung pakaian atau tepi artikel. Bahagian-bahagian pakaian yang perlu disudahkan ialah garis leher, lubang lengan, hujung lengan, bahagian bawah skirt, blaus, baju kurung, pinggang dan lain-lain.

Fungsi Penyudah Tepi

 untuk mengemas dan memelihara tepi kain
 untuk membuat pakaian yang siap lebih menarik
 sebagai hiasan di tepi pakaian

Jenis-jenis penyudah tepi


1. Lapik lurus/Lapik berbentuk -biasanya digunakan dihujung lengan, Garisleher, Lubang lengan.

2. Kelepat lurus /kelepet melengkung-digunakan di bahagian kaki seluar, skirt, blaus, baju kurung

3. Kun-kebiasaannya digunakan di hujung lengan, Leher, Kolar

4. Ikatan pinggang / ben-Pinggang, Lengan

5. Ropol-Garis leher, kolar, lengan, bhg bawah skirt/gaun

Faktor Pemilihan Penyudah Tepi

 jenis fabrik yang hendak digunakan, seperti sama ada jenis fabrik nipis atau fabrik tebal, ditenun longgar atau rapat.
 tujuan penyudah tepi terhadap sesuatu pakaian.
 jenis hiasan yang sesuai untuk pakaian.
 Tepi bahagian pakaian yang hendak dikemaskan.


Perkara yang perlu diingat semasa membuat penyudah tepi

 Penyudah tepi mestilah sesuai dengan fabrik.
 la mesti kukuh.
 la mesti kemas dan rata.
 la mesti dijahit dengan baik dan sama lebar.