CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 13, 2011

BLAUS

MENGHASILKAN POLA BLAUS

TEKNIK MENGAMBIL UKURAN BADAN

Teknik mengambil ukuran badan untuk pakaian blaus.


 Ukuran badan perlu diambil oleh orang lain
 Pelajar perlu berdiri tegak semasa ukuran diambil
 Pakai pakaian yang ringkas dan nipis
 Tanda kedudukan pinggang dengan mengikat tali atau reben
 Ukuran jangan terlalu ketat atau longgar
 Pakai kasut yang sesuai
 Ukuran yang tepat memasukkan 2 jari dalam setiap ukuran.
 Catatkan ukuran yang telah diambil.


Masalah yang sering berlaku semasa proses mengukur di lakukan.

 Si pemakai memakai pakaian yang tebal dan besar.
 Ukuran pada pita ukur yang digunakan tidak terang.
 Si pemakai bergerak dan tunduk semasa mengukur labuh baju atau lengan di lakukan.
 Terlupa mencatat ukuran yang telah di ambil.


Cara mengatasi masalah semasa proses mengukur dilakukan.

 Pastikan pemakai memakai pakaian yang nipis dan tebal.
 Gunakan pita ukur yang baik dan tidak rosak.
 Si pemakai perlulah berdiri tegak dan lurus semasa proses mengukur dijalankan.
 Pastikan ukuran di catat dengan betul.


Peralatan yang digunakan untuk mengukur

 Pita ukur – menggunakan pita yang baik.
 Tali atau reben – untuk mengikat pinggang.


LANGKAH-LANGKAH MENGAMBIL UKURAN BADAN


1. BAHU-Ukur melintang dari sendi tulang kiri ke sendi tulang bahu kanan melalui bahagian tengkuk.


2. KELILING DADA-Ukuran keliling dada pada bahagian yang paling penuh melalui mercu dada.(5cm bawah lubang keruk).Pita ukur hendaklah lurus dibahagian belakang badan


3. KELILING PINGGANG-Ukuran keliling pinggang dibahagian yang telah diikat atau bahagian yang teramping.



4. KELILING PINGGUL-Ukuran keliling pinggul dibahagian yang paling besar.
( 18cm – 20cmbawah garis pinggang )


5. BIDANG HADAPAN-Ukur dari keruk lengan kiri ke keruk lengan kanan badan hadapan


6. BIDANG BELAKANG-Ukur dari keruk lengan kiri ke keruk lengan badan belakang
( 10cm 12cm dari pangkal tengkuk )


7. GARIS LEHER-Ukur keliling leher mengikut keselesaan anda.


8. JARAK MERCU KE MERCU-Ukur dari mercu kanan ke mercu kiri.


9. LABUH MERCU DADA-Ukur dari pangkal bahu ke mercu dada


10. LABUH LENGAN-Bengkokkan tangan.Ukur dari garis sendi tulang bahu ke pergelangan tangan.Bengkokkan sedikit sahaja.Kebiasaannya labuh lengan blaus diantara paras siku ataupun ¾ labuh lengan


11. LABUH BLAUS-Ukuran mengikut labuh yang diingini.Kebiasaan labuh blaus ialah bawah punggung.


12. PINGGANG KE PINGGUL -Ukuran mengikut paras dari aras pinggang ke puncak pinggul yang tertinggi
( 18cm – 20cmbawah garis pinggang )


13. TINGGI TENGAH BELAKANG-Ukur dari tulang tengkuk di garis leher belakang ke pinggang.

14. PERGELANGAN TANGAN-Ukur mengikut lebar yang diingini.