CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 20, 2012

JENIS- JENIS SULAMAN REBEN


Sulaman Reben Bunga Orkid

Sulaman Reben Bunga Orkid amat cantik di jadikan hiasan jahitan pada sarung kusyen atau alas meja. Teknik jahitan ini adalah mendapat permintaan yang sangat tinggi oleh peminat Sulaman Reben.Menggunakan reben saiz 1/2 inci. Warna reben terpulang pada minat masing-masing.
 
   Cucuk reben dari bawah keatas kain dan pusingkan reben dengan cucuk ditempat yang sama iaitu bahagian mula masuk jarum. 

Tarik reben perlahan-lahan sehingga bentuk bulat dan anggaran setengah inci, cucuk semula jarum di bahagian atas gelungan reben. Cuba perhatian foto diatas.


Cucuk reben di tempat yang sama ketika mula masuk jarum. Perhatikan foto diatas ini untuk teknik jahitan seterusnya. Teknik jahitan ini adalah teknik Jahitan Asas Sulaman Reben Detached Chain.

Jahitan Detached Chain yang telah siap.
 

Keluarkan reben pada bahagian bawah, dan lakukan teknik Jahitan Asas Sulaman Reben Straight Stitch. 

Bahagian yang berlubang sudah ditutup dengan teknik Jahitan Straight Stitch.






Gunakan reben saiz 1/2 inci warna lain, lakukan teknik Jahitan Asas Sulaman Reben Ribbon Stitch. Jahit tiga sahaja pada bahagian atas. 

Tengah bunga, gunakan reben warna kuning saiz 1/2 inci untuk jahit French Knot @ anda boleh jahit manik (jika suka).