CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 2, 2011

KEBAYA MODEN



LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT

Jahit kemas tepi ke semua bahagian tepi baju kecuali garis leher, kelepet baju, hujung lengan & cantuman garis puteri. Jahit lisu pemadan di pinggang badan belakang.
Temukan S.L badan belakang dengan S.L. badan hadapab di garis bahu. Semat & jahit mesin dengan kelim belah kangkung. Lekatkan lapik dalam nipis berpereket di S.D. lapik bawah kepingan tengah badan hadapan.
Temukan S.D kepingan tepi badan hadapan dengan S.L kepingan tengah hadapan. Semat & jahit mesin di cantumankan.
Sediakan kedut lepas di garis pemadan kepala lengan & tentukan ukuran garis kepala lengan sama dengan ukuran lubang lengan. Jahit kelim lengan dengan kelim belah kangkung.
Temukan S.L lengan dengan S.L pakaian supaya bahagian hadapan dengan terletak di bahagian hadapan baju, bahagian belakang lengan terletak di bahagian belakang baju, kelim rusuk baju bertemu dengan kelim lengan & GTL bertemu dengan kelim di bahu. Semat & jahit mesin di garis pemadan lubang lengan.
Jahit lubang butang di sebelah kanan badan hadapan & butang dijahit di sebelah kiri badan hadapan. Seterika & tekan semua bahagian baju supaya rata, kemas & elok tergantung.

BAJU KURUNG TRADISIONAL / RIAU

                     ALAT DAN BAHAN


a) Alatan                                                                                              
Pembaris lurus.
Pembaris melengkung.
Pembaris sesiku L.
Pita ukur.
 
b) Bahan
Kertas minyak.
Pensel 2b.
Pemadam.
Gunting kertas.
 
 
 LANGKAH-LANGKAH MENDRAF POLA

A) BAJU KURUNG TRADISIONAL / RIAU :
     AB- UKURAN LABUH BAJU
     AC- UKURAN LEBAR BAJU
     BD- UKURAN SAMA DENGAN (AC LEBAR BAJU)
     CE- UKURAN LABUH TANGAN
     CG- ½ LEBAR PERGELANGAN TANGAN AC / 2
     EF- CG
     GH- 2 -  3 ½” ( STANDART 2 ½’’  )
     GG1-TURUN 6’’
     DI- 5’’ 6’’ IKUT KESESUAIAN



KELIM...
1.0       Pengenalan
Kelim-kelim yang dibuat pada pakaian bertujuan untuk mengukuhkan jahitan pakaian selain daripada digunakan sebagai perhiasan.  Terdapat pelbagai jenis kelim yang boleh dibuat pada pakaian bergantung kepada faktor-faktor tertentu yang akan anda pelajari nanti.  Namun begitu, kesesuaian penggunaan kelim pada sesebuah pakaian amat bergantung kepada jenis-jenis kelim itu sendiri.

1.1    Definisi Kelim
Kelim adalah salah satu proses jahitan  yang digunakan untuk menyambung dua atau lebih kepingan fabrik.

1.2    Jenis-jenis Kelim       
            Jenis-jenis kelim yang boleh digunakan pada pakaian adalah
a.        kelim belah kangkung     (open seam / flat seam)
b.           kelim lipat tindih             (lapped seam)
c.               kelim papan mesin        (machine fell seam)
d.                kelim betawi                 (French seam)
 
1.3    Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kelim pada pakaianTerdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan kelim pada pakaian seperti
a.                   Jenis fabrik
ß  penggunaan fabrik yang digunakan untuk membuat kelim memainkan peranan yang penting bagi penghasilan kelim yang bermutu. Contohnya fabrik nipis dan mudah berjerumbai adalah sesuai menggunakan kelim betawi.  Manakala fabrik tebal pula lebih sesuai menggunakan kelim belah kangkung.  Kelim lipat tindih dan  kelim papan mesin pula adalah sesuai dijahit pada fabrik yang sederhana tebal.

b.                   Jenis pakaian
ß  Sebelum kelim hendak dijahit pada pakaian, kita perlu pastikan kelim yang akan digunakan sesuai dengan jenis atau stail pakaian.  Sebagai contoh, seluar jeans yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak memerlukan kelim yang teguh.  Oleh itu, kelim yang sesuai dipilih ialah kelim papan mesin kerana ia mempunyai dua barisan jahitan.

c.               Kedudukan kelim pada pakaian
ß  Kedudukan kelim pada pakaian amat penting bagi memberi keselesaan kepada si pemakai.  Misalnya kelim lipat tindih sesuai dijahit pada bahu mendatang dan skirt mendatang.


1.4       Ciri-ciri kelim yang elok
Terdapat beberapa ciri yang perlu diambilkira bagi menghasilkankelim  yang elok seperti
a.     Kelim mestilah kemas, kukuh dan rata pada kedua-dua belah pakaian.
b.     Lebar kelim hendaklah sama sekata pada keseluruhannya.
c.     Kelim mestilah ditekan dengan baik.
d.     Basi kelim yang berkelepet mesti dihala ke bahagian belakang pakaian.
e.     Ketegangan mata jahitan hendaklah sesuai dengan jenis fabrik.
f.        Basi kelim dikemaskan.
g.     Kelim hendaklah dijahit dengan tepat pada garisan pemadan.
h.     Kelim pada bahagian melengkung perlu disnip sebelum ditekan terbuka supaya ia rata.