CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 14, 2011

MENCANTING BATIK

Antara Bahan Dan Peralatan Yang digunakan Dalam Proses Mencanting Batik
















PROSES MEMBUAT BATIK

Alatan yang biasa digunakan :

Blok penerap
Pencanting diperbuat dari tembaga.
Campuran lilin dan dammar
Kain
Pencelup
Warna
Sebuah meja (pemidang)

• Proses sukar mencanting batik ialah bagaimana untuk mengadun warnanya dan paling penting adalah semasa mencanting menggunakan lilin cair seperti dammar dan wewarnai kain untuk menjaga kualiti warna supaya tidak rosak.
• Pensel digunakan terlebih dahulu di atas kain kaftan sebelum mencanting dengan cairan lilin dan dammar serta berus untuk mewarna.
• Terlebih dahulu kain seluas 2-4 meter akan dibentangkan di atas pemidang kain dan diikat antara penjuru dan proses mencanting mengambil masa kira-kira 15 minit bagi yang mahir. Dan melihat kepada kesukaran lakaran lukisan.
• Batik canting mengambil masa yang lama dan kosnya mahal tetapi lebih halus , teliti serta mempunyai 3 hingga 4 lapisan berbanding batik cop.
• Batik canting merupakan seni lukisan tangan yang dicoret indah di atas sehelai kain putih dengan bermotifkan cirri-ciri seperti flora dan bentuk geometri yang mempunyai maksud tertentu.

CARA:

*Kain benang kapas berwarna putih paling sesuai untuk membuat batik
*Selepas diterap dengan lilin pertama ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit.
*Setelah itu ia akan diterap kali kedua dan dicelup dengan warna lebih gelap.
*Proses ini berterusan hingga habis.
*Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus akan kelihantan warna-warna yang berlainan.
*Kain ini akan dijemur sehingga kering.
*Kain yang telah kering akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk pasaran.




0 comments:

Post a Comment