CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 10, 2011

MENGHASILKAN BLAUS

PENGENALAN

Pola pakaian merupakan salah satu modul penting yang perlu dipelajari bagi kursus Sijil Fesyen dan Pakaian. Pola Pakaian 2 adalah salah satu modul yang terkandung dalam sukatan pelajaran Semester 4.

Penghasilan pola blaus pendek merupakan topik kedua dalam modul ini. Terdapat 5 elemen penting dalam menghasilkan sesebuah pola yang bermutu dan mengikut standard yang ditetapkan. Ciri-ciri yang perlu ada dalam elemen-elemen ini perlulah sesuai dan menepati pada setiap proses.Pemilihan dan mengambil ukuran badan, proses ini amat penting untuk menghasilkan pola blaus kerana ukuran yang tepat dapat memberi hasil yang baik.

Proses seterusnya melakar pola asas blaus. Proses ini perlulah dihasilkan dengan teknik yang betul melalui lakaran asas, kita dapat mengaplikasikan pola asas untuk stail yang lebih menarik.
Pengubahsuaian pola blaus penting bagi memperbaiki kesilapan yang terdapat pada pola pertama. Pengacuan toile pula perlu bagi memastikan tiada masalah yang berlaku apabila pakaian sebenar dihasilkan.

Pakaian blaus merupakan pakaian yang biasanya dipakai oleh semua kaum di Malaysia.Salah satu pembelajaran yang akan di pelajari dala mudul ini blaus yang berpeplum. Peplum ialah unjuran yang menyerupai skirt pada blaus dari bahagian pinggang samaada berlisu atau tidak, kembang payung atau bersambung pada tali pinggang .Pakaian ini sangat ringkas dan selesa.

Teknik mengambil ukuran badan untuk pakaian blaus.
  1. Ukuran badan perlu diambil oleh orang lain
  2.  Pelajar perlu berdiri tegak semasa ukuran diambil
  3.  Pakai pakaian yang ringkas dan nipis
  4. Tanda kedudukan pinggang dengan mengikat tali atau reben
  5.  Ukuran jangan terlalu ketat atau longgar
  6.  Pakai kasut yang sesuai
  7.  Ukuran yang tepat memasukkan 2 jari dalam setiap ukuran.
  8.  Catatkan ukuran yang telah diambil

Masalah yang sering berlaku semasa proses mengukur di lakukan.
  1.  Si pemakai memakai pakaian yang tebal dan besar.
  2.  Ukuran pada pita ukur yang digunakan tidak terang.
  3. Si pemakai bergerak dan tunduk semasa mengukur labuh baju atau lengan di lakukan.
  4. Terlupa mencatat ukuran yang telah di ambil

Cara mengatasi masalah semasa proses mengukur dilakukan.
  1.  Pastikan pemakai memakai pakaian yang nipis dan tebal.
  2.  Gunakan pita ukur yang baik dan tidak rosak.
  3. Si pemakai perlulah berdiri tegak dan lurus semasa proses mengukur dijalankan.
  4. Pastikan ukuran di catat dengan betul

1 comments:

Unknown said...

APAKAH PENYATAAN MASALAH PADA PAKAIAN BLAUS?

Post a Comment