CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 17, 2012

 
KELIM BELAH KANGKUNG
 
Langkah-langkah urutan membuat kelimKelim belah kangkung
 
Kelim belah kangkung ialah kelim yang paling mudah dan amat sesuai untuk semua jenis fabrik  yang sederhana tebal dan tebal.Kelim ini rata dan mata jahitannya tidak kelihatan di sebelah luar pakaian.  Kelim belah kangkung terdiri daripada satu barismata jahitan yang dijahit pada dua keping kain yang dicantumkan.
 
Kelim Belah Kangkung digunakan pada
  •  Bahu
  •  Rusuk
  • Lengan 
  • Sambungan jalur serong
Kebaikan Kelim Belah Kangkung
  • Kelim ini rata
  •  Jahitan tidak kelihatan di sebelah luar
  • Ia tidak tebal
  •  Kelim boleh dibuka apabila badan bertambah besar
    Kelemahan Kelim Belah Kangkung
  • kedua bahagian  kelim mesti dibuka dan ditekan berasingan
  •  tidak sesuai untuk fabrik yang nipis
  •  Ia kurang teguh kerana ia hanya mempunyai satu baris jahitan
  
 Ciri-ciri Kelim Belah Kangkung yang elok
  • Lebarnya sekata iaitu sebaik-baiknya 13mm
  • Kedua-dua belah kelim ditekan terbuka
  • Ia rata
  • Basi kelim dikemaskan dengan elok
  • Kelim belah kangkung yang melengkung hendaklah disnip supaya boleh ditekan rata.

0 comments:

Post a Comment