CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 17, 2012

Kelim Betawi

kelim betawi
Kelim Betawi adalah kelim di dalam kelim.  Kelim ini sesuai untuk fabrik  nipis, jarang dan mudah berjerumbai.  Di samping itu juga ia adalah kemas kerana basinya tersembunyi.  Kelim ini kukuh kerana ia mempunyai dua kali jahitan. Kelim ini sesuai dijahit pada bahagian pakaian yang lurus kerana ia agak sukar dijahit pada bahagian melengkung. 

A.   Kelim ini sesuai digunakan pada
ß  Pakaian kanak-kanak
ß  Blaus
ß  Pijama
ß  Pakaian dalam
ß  Pakaian bayi

                             B.   Kebaikan menggunakan Kelim Betawi
ß  Kelim ini kecil dan teguh kerana terdapat dua kali jahitan.
ß  Ia kemas dan bahagian tepi fabrik tidak kelihatan
ß  Ia mudah didobi.
ß  Sesuai untuk fabrik nipis dan pakaian yang mudah berbulu.

                             C.   Kelemahan menggunakan Kelim Betawi
ß  Kelim ini tebal dan tidak sesuai untuk fabrik yang tebal.
ß  Tidak boleh dibuka untuk membesar pakaian.
ß  Ia mengambil masa yang lama untuk kering.
ß  Lebar kelim yang siap ialah  6 mm.

0 comments:

Post a Comment